
Sulit
3 tahun
Teran kejang kaki untuk membuang air besar
Salam dr anak i umur 3 tahun ,lately ni dia suka kejang kaki untuk meneran, adakah itu biasa untuk kanak² sembelit? Kadang² dia membuang air besar ok je. Saya risau ada masalah lain. Apakah yang perlu saya buat ? Tapi anak saya susah nak makan , cuma makan nasi and sup kosong shj

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
kurang serat
kurang minum air kosong
kanak-kanak baru sahaja mula makan makanan solid
masalah usus (jarang-jarang berlaku)
kesan sampingan ubat-ubatan
angin pasang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.