
Sulit
5 tahun
Terasa ada sesuatu bila telan air liur
apabila saya ingin menelan air liur…saya rasa ada macam ada sesuatu tersekat didalam kerongkong…ia tidak menyebab kan kesakitan atau kepedihan…apabila saya menelan makanan dia tidak terasa…ia terasa apabila saya ingin menelan air liur sahaja…kadang2 ia terasa ada sesuatu…kadang2 tiada…saya perasan ia terjadi di sebabkan saya terlalu menggunakan suara yg kuat dan saya memaksa keluarkan suara apabila tekak saya berasa kering dan pedih…saya sudah ke klinik…dan doktor hanya beri ubat sakit tekak…mohon penerangan doktor…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sejujurnya, konsultsai di platform ini sangatlah terhad berbanding doktor di klinik. Berdasarkan keterangan di atas, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Buat masa sekarang, anda awasi dahulu gejala and. Sekiranya berlarutan atau semakin parah, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.