
Anonymous
5 tahun
Terasa ada sesuatu di dalam tekak
saya wanita berumur 24tahun…apabila saya ingin menelan air liur…saya rasa ada macam ada sesuatu tersekat didalam kerongkong…ia tidak menyebab kan kesakitan atau kepedihan…apabila saya menelan makanan dia tidak terasa…ia terasa apabila saya ingin menelan air liur sahaja…kadang2 ia terasa ada sesuatu…kadang2 tiada…saya perasan ia terjadi di sebabkan saya terlalu menggunakan suara yg kuat dan saya memaksa keluarkan suara apabila tekak saya berasa kering dan pedih…saya sudah ke klinik…dan doktor hanya beri ubat sakit tekak…mohon penerangan doktor…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan saluran udara atas
- radang pada mana2 struktur (pharyngitis/ tonsilitis)
- terdapat objek menghadang laluan tekak anda
Sekiranya ia masih lagi berlarutan, anda boleh berjumpa dengan pakar perubatan lain untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dengan menggunakan peralatan seperti laryngoscope. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Terima kasih