
Sulit
4 tahun
Terasa nak kencing apabila sudah kencing
hello doctor, saya sudah kencing dan apabila saya dah habis kencing dah habis basuh saya bangun, bila saya bangun saya rasa mahu kencing lagi tapi kalini kencing tak keluar tapi saya rasa nak kencing. dan saya juga berasa sakit apabila kencing keluar, boleh saya tahu apa saya mengalami sekarang ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Keadaan kencing dengan kerap ini boleh jadi merupakan salah satu daripada gejala-gejala penyakit seperti penyakit buah pinggang sehinggalah hanya meminum terlalu banyak air. Apabila kondisi ini disertai demam, tidak dapat menahan kencing serta berasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia berkemungkinan besar merujuk kepada masalah jangkitan pada saluran kencing.
Punca - punca lain yang boleh menyebabkan kencing menjadi kerap termasuklah:
- Kencing manis
- Kehamilan (perempuan)
- Masalah prostat (lelaki)
- Penyakit saraf
- Disfungsi pundi kencing
- Minum terlalu banyak
- Kanser pundi kencing
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.