
Anonymous
5 tahun
Terasa pedih ketika membuang air kecil
Assalammualaikum Doktor sy seorang lelaki berusia 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga, saya mengalami masalah terasa pedih pada kemaluan saya ketika membuang air kecil, hal ini terjadi setelah sy mengadakan hubungan kelamin bersama isteri. Sy mengambil air putih yang mencukupi pada kadar 2-3 liter sehari dan selain dari itu sy tiada masalah lain… Hanya akan berasa pedih apabila membuang air besar, harap doktor dpt membantu sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Antara penyebab kencing pedih adalah:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.