Sulit
2 tahun
Terasa pening nak pitam yang sering terjadi apabila membuang air besar dan rasa tidak stabil kalau berdiri lama
Salam doktor…saya lelaki 19 tahun…kenapa saya kerap rasa pening ketika membuang air besar…dan apabila bangun dari tidur…kepala berpusing…dan apabila berdiri lama rasa tak stabil…mohon pecerahan dari piha doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Benign paroxysmal positional vertigo
- Meniere’s disease
- Anemia
- Hipoglikemia
- Tekanan darah rendah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.