
Sulit
3 tahun
Terasa sakit dalaman perut selepas 2bulan bersalin cizer
Sy baru pertama kali lahir secara cizer…selepas 2bulan terasa sakit bhgian dalaman perut. Rasa pedih menyengat rasa mcm terkena pisau…adakah itu normal…sakit tu datang skjap2 shj.

3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah operasi pembedahan major, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital yang telah melaksanakan rawatan tempoh hari atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan yang berkesinambungan dan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang pakar persalinan.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- sakit pasca operasi (normal & akan hilang dengan waktu)
- tanda-tanda pemulihan (normal & akan hilang dengan waktu)
- komplikasi sekiranya disertai gejala jangkitan kuman dan lain-lain
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.