
Sulit
5 tahun
Terasa sakit dkt telinga
Terasa sakit dkt telinga… Sy ada jumpa dktr…dktr sambung antibiotik untuk 1minggu lagi… Ape perlu sy buat… Kadang2 tk selesa… Sakit telinga sgt…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah sangat terhad berbanding dengan doktor di klinik atau hospital.
Untuk mengetahui rawatang yang sesuai, punca masalah anda haruslah diketahui dahulu. Memandangkan anda sudeh berjumpa dengan doktor, saya pasti beliau telah menjalankan pemeriksaan terhadap anda dan telah tahu punca masalah anda. Dengan itu, anda telah diberikan rawatan antibiotin.
Maka nasihat saya, habiskan ubat antibiotik anda. Anda boleh mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit telinga anda seperti paracetamol.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebh lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.