
Sulit
3 tahun
Terasa sakit perut di bawah pusat
saya pernah tak pernah datang haid selama hampir setahun. lepas tu haid balik waktu bulan 11 hari tu itupun kerana saya memakan pil primrose oil 1000. sekarang saya makan pil itu tapi haid saya tidak kunjung datang lagi. jadi saya risau ada masalah pada bahagian ovari saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca kepada sakit perut bagi wanita seperti:
- Sembelit
- Masalah ovari seperti ovulasi, ovari terbelit, sindrom pra-menstruasi
- Radang apendiks
- Penyakit radang usus
- Masalah pundi kencing seperti batu karang, jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.