
Sulit
5 tahun
Tercekik Tulang Ikan dan Rawatan
Hai Dr. Semalam semasa makan tgh hari sy tercekik tulang ikan, sy tlg menciba plbagai cara ttp tulang itu msh terasa di tekak sy. ia jga rsa sakit sedikit. Krna rsa ketidakselesaan itu, sy juga tlh cba menjolok tekak sy utk mengeluarkan tulang trsebut tp tetap tidak brjaya. Pagi ini, setelah mencubanya skali lg, ia ttp tidak keluar mlahan telah menyebabkan sy sakit dadada. Jd Dr, apakah yg patit sy lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus diajukan ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sesuai untuk mengeluarkan tulang tersebut dengan selamat. Oleh itu, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.