
Sulit
3 tahun
Tercekik tulang ikan dari 2019 sehingg 2021. Leher terasa dicucuk. Adakah itu tulang ikan atau penyakit lain?
Hi mak sy tercekik tulang ikan sejak 2019. Katanya hingga sekarang 2021 terasa mencucuk di dalam tekak. Sudah pergi xray tapi tak jumpa tulang ikan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tercekik tulang ikan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan dan kepastian. Hal ini kerana beberapa perkara boleh berlaku:
- Masih ada sisa tulang di dalam kerongkong
- Luka dalam kerongkong
- Keradangan
Sekiranya ia dibiarkan tanpa pemeriksaan, dan anda masih berasa tidak selesa, kemungkinan kondisi akan menjadi lebih teruk. Oleh itu sekiranya anda ragu, sila ke klinik.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.