
Sulit
5 tahun
Tercekik tulang ikan
Saya tercekik tulang 3 hari lepas dan saya pergi ke klinik doktor x ray dan cakap x nmpak tulang. Lepastu rasa sakit mcm bengkak saja.Tapi pagi tadi saya bangun rasa mcm tekak tercucuk-cucuk.Apa yng perlu saya buat doktor. Sebab saya tak tahu tulang tu masih ada lagi atau tidak.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah tekak rasa tercucuk-cucuk boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Trauma akibat daripada tercekik tulang ikan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mendapatkan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.