
Sulit
3 tahun
Terdapat benjolan di bawah kulit pada bahagian tengah ketiak selepas suntikan vaksin dos kedua pfizer
hi, sy seorang gadis berumur 20an. sy dapat suntikan kedua vaksin pfizer pada 17/08. Pada 18/08 sy mula demam dan sy mengalami rasa tidak selesa pada bahagian ketiak, apabila sy melakukan pemeriksaan terdapat satu benjolan kecil berbentuk bulat pada bawah kulit bahagian tengah ketiak. Soalan sy adakah itu normal dari tindak balas vaksin atau itu simptom kanser payudara ? Dan adakah sy berpotensi mendapatkan kanser payu dara pada usia yg masih muda ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Terdapat beberapa punca berlakunya benjolan di ketiak. Antaranya:
- jangkitan bakteria atau virus
- Ketumbuhan jinak ( Fibroadenoma ) - bengkak tapi tidak sakit.
- Kesan alahan
- Kesan sampingan selepas vaksinasi
- Jangkitan kulat
- Kanser kelenjar limpa ( Lymphoma ) - bengkak tapi tidak sakit
- Kanser sel darah ( Leukemia ) - bengkak tapi tidak sakit
- Penyakit sistemik Lupus Erythematous (Penyakit auto-immun)
- Penyakit abses kulit seperti Hidradenitis Suppurativa
- Kanser payu-dara - bengkak tapi tidak sakit
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini