Sulit
4 tahun
Terdapat sedikit darah keluar pada hari ke 14,15 dan 20 selepas hari pertama haid
Saya wanita berumur 23 tahun, saya haid pada 16 haribulan dan melakukan hubungan badan pada hari ke7 dari hari pertama haid, pada hari ke 14 dan 15 saya dapati ada sedikit darah keluar di seluar dalam dan panty liner saya. Kemudian pada hari 16 tiada lagi darah keluar. Tetapi pada hari ke20 saya dapati ada darah sedikit keluar semula pada seluar dalam saya. Apakah sebab berlaku perkara di atas? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, kami faham kerisauan anda mengenai masalah yang anda sedang alami. Kami akan cuba membantu anda
Untuk makluman anda, pendarahan ringan ini dikenali sebagai pendarahan spotting. Secara umum spotting boleh berlaku disebabkan oleh :
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Pendarahan implantasi kehamilan
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat dan ia boleh menjadi normal atau tidak normal. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- Haid yang lebih panjang dan banyak
- Faraj gatal dan merah
- Haid tidak teratur atau lewat
- Mual
- Sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- Sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- Lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- Berat badan bertambah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























