
radzi6355
5 tahun
Terdapat tompok kelabu pada bawah anak mata
Bawah anak mata saya ada tompok kelabu, mata sering gatal & berair.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biji kecil di mata tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bintik bitot
- Pterigium
- Pseudoterigium
- Pinguekula
Memandangkan gejala ini telah timbul secara tiba-tiba, dikhuatiri terdapat masalah lain yang lebih serius yang mendasari timbulnya gejala. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.