
Sulit
4 tahun
Terjatuh tanpa sengaja
saya wanita yang baru mengandung 14 minggu. hari ini saya terjatuh hentakan pada perut… adakah dia tidak merbahaya. stakat ini xda pendarahan??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan jika anda mempunyai gejala-gejala seperti:
- Pendarahan daripada faraj
- Loya dan muntah
- Kesakitan pada bahagian rahim atau perut
- Demam
- Lendiran yang banyak keluar daripada faraj
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, masalah anda perlu diperiksa secara fizikal sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini. Jika anda mempunyai sebarang masalah yang merisaukan, anda boleh ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.