
Sulit
5 tahun
Terkena sawan semasa tidur
Anak saya berumur 2 tahun 5 bulan…sering terkena sawan semasa sedang tidur,adakah sawan ni di sebabkan ada masalah pada otak anak saya?tapi jika dia tidak tidur dia aktif macam kanak2 lain…adakah sawan ni boleh berlarutan sehingga dia dewasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sawan adalah satu penyakit yang amat berbahaya dan memberi komplikasi seperti berikut:
- kerosakan kepada organ otak
- jika ia berlaku sewaktu sedar boleh menyebabkan terjatuh dan kecederaan
- tersedak air liur sehingga menyebabkan kesukaran bernafas/ jangkitan paru-paru
Sawan ini boleh disebabkan pelbagai perkara:
- Idiopatik (paling lazim)
- jangkitan kuman
- kekurangan gula dalam badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera sebelum anak anda mengalami komplikasi seperti diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.