
Anonymous
3 tahun
Terkumur antiseptic dettol
Haii doktor…tadi saya nak kumur mulut tp saya tertukar dengan ubat antiseptic dettol…lidah saya kebas…saya dah kumur n dh minum banyak air…bila makan gula2 x terasa manis…saya minum lagi air sejuk…nak tanya la, ada ape2 effect x kt diri saya klau di biarkn?

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Cecair antiseptic dettol mengandungi bahan yang dinamakan chloroxylenol. Bahan ini selalunya digunakan untuk mencuci luka dan alatan pembedahan.
Sekiranya terminum bahan ini, anda haruslah merujuk perkara ini ke hospital dengan segera. Anda telah berkumur dengan bahan ini dan kebas pada lidah adalah kesan sampingan yang disebabkan oleh keradangan yang berlaku pada lidah dan mulut anda. Apabila keradangan berlaku, deria rasa anda juga terjejas.
Sekiranya masalah anda ini masih belum pulih, anda perlu merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.