
Sulit
3 tahun
Terlalu takut dan kerap berfikir
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya kebelakangan agak terganggu dengan diri saya apabila saya asyik terfikir yang tak lama lagi saya akan mati. Saya terlalu takut untuk fikir tp lagi saya cuba untuk elak fikir benda tu buat saya lagi fikir and takut secara tetiba sehingga buat saya rasa saya tak tahu nak explain macam mana rasa tu. Saya fikir perkara ni hampir setiap hari and setiap jam buatkan saya stress and bertambah takut dan takut. Saya tidak pasti saya overthinking ke apa tp saya tak boleh berhenti berfikir and saya asyik melawan dengan perasaan saya sendiri. Saya asyik fikir mati mati mati.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami perasaaan bimbang anda serta masalah “overthinking”. Kami akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Masalah ADHD
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, kami mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Berikut juga adalah senarai persatuan yang mungkin dapat membantu anda:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.