
Sulit
3 tahun
Terlampau banyak berfikir stress
Saya lelaki 37tahun terlampau banyak berfikir tentang virus covid takut dijangkiti virus itu ada dalam diri saya bagaimana harus saya tenangkan diri saya

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, stress dan keresahan merangkumi segenap dari beberapa gejala berisiko yang merujuk kepada permasalahan dan kesihatan psikologi/psikiatri/mental. Fenomena ini merupakan hal yang sangat di titik beratkan oleh seluruh tenaga kesihatan Malaysia sepanjang kita berdepan dengan pandemik COVID-19 ini.
Lazimnya gejala emosi yang tidak stabil ini juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan tekanan, kemurungan atau depresi
- gangguan penyesuaian diri dengan situasi semasa
- kesan sampingan kuarantin dan lockdown
- dll.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikiatri untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- amalkan SOP yang telah ditetapkan
- kurangkan keluar rumah untuk urusan yang tidak penting
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.