
Sulit
4 tahun
Terlepas temujanji dos ketiga prevenar anak
Hi doc. Ank saya ambil prevenar dos 1 masa umur 8 bulan iaitu bulan8, dos ke 2 bln9, dos ketiga terlepas pandang. Ni dah nk msuk bln 5 dan umur anak selarang 1 tahun 4 bulan lebih. Boleh lg ke nk amik dos ke3 ke macam mane doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang penerimaan vaksin pneumococcal anak anda. Untuk makluman anda, kanak-kanak berusia kurang dari 2 tahun perlu menerima 4 dos atau 3 dos suntikan: 3 dos primer dan 1 dos penggalak atau 2 dos primer dan 1 dos penggalak mengikut jadual imunisasi masing-masing. Suntikan pertama diberikan seawal usia dua bulan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Vaksin diberikan mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan. Ia adalah untuk memberi peringatan
dan ransangan kepada tubuh untuk menghasilkan perlindungan yang berkesan. Jangkamasa antara dos vaksin bergantung kepada jenis vaksin tertentu. Pematuhan jadual imunisasi seperti yang telah ditetapkan adalah untuk memastikan anak anda mendapat perlindungan yang optimum. Sekiranya anak anda tertinggal satu dos vaksin, sila maklumkan doktor / jururawat secepat mungkin. Tarikh baru untuk suntikan dos seterusnya akan diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Ada soalan tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!