annenat31
4 tahun
Termakan obimin sebanyak dua kali
Selamat sejahtera. Saya nak Tanya, adakah bahaya kalau terlebih makan obimin? Dos yg disarankan ialah Satu pil Satu hari tapi Saya tidak pasti jika Saya sudah makan, jadi Saya ambil lagi obimin utk kepastian. Adakah ini akan menjejaskan baby?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat ini merupakah ubat prenatal multivitamin yang disarankan untuk diambil oleh wanita hamil dan tiada masalah yang akan berlaku kepada anda atau kandungan kerana mengambil ubat ini 2 kali. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh mengambil ubat ini secara berlebihan kerana mampu memberi kesan kepada kandungan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.