
Sulit
4 tahun
Terminum minyak yuyi
Hi doktor, anak saya berumur 2 tahun 5 bulan secara tak sengaja telah tertelan minyak yuyi. Pada awalnya dia kelihatan memegang perut. Namun setelah beberapa kali saya memberinya minum air masak. Dia kelihatan boleh bermain semula dan kelihatan normal. Adakah minyak yuyi yg ditelan merbahaya jika dalam kadar yang sedikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi. Seperti yang diketahui, sebarang penggunaan ubat sapu tidak sepatutnya diminum atau dimakan. Perkara ini boleh menyebabkan kelukaan pada sistem penghadaman dan bahaya untuk anak anda. Saya sarankan anda untuk ke klinik dengan segera dan memantau jika anak anda mempunyai gejala seperti:
- Cirit birit
- Muntah-muntah
- Rasa pedih dalam mulut
- Kulit menjadi pucat
- Degupan jantung menjadi lemah
- Sukar untuk bernafas
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.