
Sulit
3 tahun
Tersalah beli susu formula anak
Anak sy berumur 1thn 16bln boleh ke minum susu 3-6 tahun sbb sy tersilap beli susu dugro 4 umur 3-6 tahun. Biasa beli dugro 3 umur 1-3thn. Minta penjelasan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan bayi anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengtahui sekiranya anak anda boleh diberi susu formula untuk bayi yang berumur 3-6 tahun. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, susu formula bayi telah dibuat bersesuaian dengan umur yang disarankan penggunaanya kerana kanak-kanak berlainan peringkat umur memerlukan nutrisi yang berlainan. Namun tiada kajian yang telah dibuat untuk membuktikan kesan spesifik penggunaan susu formula yang lain peringkat umurnya.
Namun anda disarankan untuk mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak sebelum memberi susu formula berkenaan kepada bayi anda.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.