
Sulit
4 tahun
Tersalah dose suntikan vaksin hexaxin dan pneumococal bagi bayi
Apakah risiko atau kesan sekiranya terlebih mengambil 1 dose suntikan hexaxim dan terkurang 1 dose suntikan pneumococal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, jadual untuk vaksin ini dirancang untuk mencuba dan memastikan bahawa kebanyakan masyarakat akan dilindungi daripada penyakit-penyakit tertentu dengan jumlah dosis terkecil. Dos tambahan hanya akan merangsang sistem imun untuk lebih perlindungan. Mengenai suntikan dos yang terkurang, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut di klinik/hospital berdekatan. Suntikan vaksin yang lengkap dan mengikut jadual adalah penting dalam mempengaruhi keberkesanan sesuatu vaksin itu.
Anda dinasihatkan untuk segera membawa anak anda berjumpa dengan doktor sekiranya ada tanda-tanda seperti:
- muntah
- bernafas dengan kuat
- kejang/ lesu tidak bermaya
- masalah kulit- merah
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih