
Anonymous
5 tahun
Tertekan dan putus asa
Saya sangat tertekan, rasa dh putus asa dan ingin ambil ubat berlebihan dos

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terutamanya, saudara/saudari perlu bertenang dan berfikir punca masalah yang membuatkan anda rasa tertekan dan berputus asa.Anda perlu mengubah sudut pandang dan yakin bahawa setiap permasalahan selalu ada hikmahnya. Dengan berfikiran positif, anda akan rasa lebih mudah dalam mencari solusi terhadap masalah tersebut.
Untuk makluman anda,terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah tekanan seperti:
1,Boleh bercakap dengan kawan baik atau ahli keluarga tentang masalah yang dialami oleh anda untuk mendapatkan nasihat daripada mereka untuk mengatasi isu anda
2.Anda juga boleh bercakap dengan counsellor sekiranya anda tidak yakin untuk mengkongsi masalah anda dengan orang lain
3.Anda boleh pergi bercuti dengan keluarga/kawan baik untuk menenangkan rasa tekanan
4. Mengalihkan perhatian anda apabila emosi terganggu ataupun mempunyai fikiran negatif dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah/ mulakan hobi baru.
5. Dan yang terpenting, jangan pernah lelah untuk berdoa kepada Tuhan.
Jka anda masih rasa tertekan serta mengalami rasa ingin membahayakan/mencederakan diri, sila datang ke klinik dengan segera bagi mendapatkan bantuan. Anda akan dirujuk kepada pakar kesihatan mental untuk bantuan dan rawatan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.