
Sulit
4 tahun
Tertekan dan tak faham dengan diri sendiri
Saya wanita brumur 24 tahun dan belum berkahwin. Saya selalu berfikran negatif terhadap rakan sekerja saya, pasangan saya dan keluarga saya. Saya juga cepat berubah mood. Cepat marah, cepat sedih dan kadang ok. Saya sendiri kadang tidak faham dengan diri saya sendiri.saya juga kuat berangan walaupun saya tahu benda itu tak akan jadi. Baru2 ni, saya rasa ketakutan. Saya tidur mimpi benda yang menakutkan dan bangun dengan ketakutan. Di tempat kerja juga saya rasa macam tu .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Kegelisahan
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih