
Sulit
5 tahun
Tertinggal dos ubat skizo
Salam/Hai doktor, sy merupakan pesakit psikiatri sejak tahun 2016. Baru2 ni preskripsi sy adalah Seroquel 700mg, Epilim 200mg, Sertraline 200mg, Artane 6mg malam, 4mg pagi. Ubat lain semua sy makan malam. Masalahnya skg ni malam tadi sy tertidur awal dan tak sempat makan ubat. Pagi tadi saya rasa fresh je so sy fikir tunggu je lah malam nanti baru makan… tapi skg ni (just right now) sy rasa macam mereng dah kepala sy, apa yg patut sy buat? Perlu ke sy makan skg jugak? Help me please. Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Akan tetapi, secara umumnya, boleh dikatakan disini bahawa andainya terlupa dos ubat, anda harus segera makan sebaik teringat. Namun sekiranya waktu untuk dos seterusnya sudah terlalu dekat, sebaiknya anda tunggu dos seterusnya.
Seandainya mempunyai masalah dengan waktu makan ubat, kehadapan silakan berbincang dengan doktor anda untuk waktu makan ubat yang lain yang lebih sesuai.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.