
Sulit
3 tahun
Tetang cyst..dan boleh ke saya mengadung
SALAM…DOKTOR SAYA BERUMUR 25 TAHUN…SAYA BERKAHWIN 2TAHUN LEBIH…SAYA ADA PENYAKIT CYST DAH BESAR 10X10…SEPATUTYA SAYA OPRET TAPI DOKTOR KATA SAYA ADA KENCING MANIS PULAK MASA CEK 12,7 … DALAM BERAPA HARI SAYA ASYIK MUNTAH KEPALA SAYA PANAS JER …MAKAN TAK LALU…SEMALAM BARU OKE LEPAS DAH LAP DENGAN AIR ASAM…TAPI MUNTAH MASIH ADA…SAYA NAK TANYA BOLEH KE SAYA NIE MENGADUNG SEDANG KAN ADA PENYAKIT…SEBAB 2/3 HARI SAYA BBISA BADAN KAKI TULANG BELAKANG,KENAPA YA…TERIMA KASIH…DOKTOR

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, wanita masih boleh hamil walaupun mempunyai cyst dan fibroid. Tetapi perkara ini perlu diperiksa dengan rapi oleh doktor terlebih dahulu. Selain itu, kitaran haid dan status kesihatan anda juga perlu diketahui dengan lebih lanjut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan