
Sulit
3 tahun
Thalassemia beta dan low blood pressure
Boleh ambil covid vaksin tak¿

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda merasa bimbang tentang adakah anda boleh mengambil Vaksinasi Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada golongan thalasemia dan golongan tekanan darah rendah. Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini