
Anonymous
5 tahun
Than yousakit lutut sendi
saya baru 21 tahun tapi dalam seminggu ni lutut saya sakit sangat tak boleh nak bengkok bila duduk lama then bangun sakit sangat. bila nak bengkok kan lutut memang sakit padahal tak silap i takde pun jatuh ke apa and ada one time i tengah sembahyang kaki saya terketar ketar time rukuk . is it any possible that cancer bone can be the one of the reason? before i sakit kaki, i have fever abt 2 weeks then my leg terus effect kalau .duduk memang sakit sangat. wish you can help me because my mom cakap suruh urut urat lari kene sampuk lah sihir lah i dont know i tak makan apa apa medicine selain pain killer now

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Disebabkan anda mempunyai pelbgai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit lutut iaitu dari segi , usia dan sejarah penyakit kronik, adalah amat disaranakan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.