Sulit
3 tahun
Thyroid tersedak setiap Kali makan Dan minum
Hi doktor,emak saya ada masalah thyroid,setiap Kali hendak makan@minum(air masak&bubur nasi)emak saya akan tersedak.x-ray telah di buat di hospital tapi doktor cakap thyroid masih kecil…& ubat thyroid telah di beri…tapi masih lagi tersedak.menyebabkan emak saya tak dapat makan apa2…harap doc dpt memberi penjelasan…TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah tiroid.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan besar masalah tersedak yang dialami disebabkan oleh tiroid itu sendiri. Namun kita tidak boleh menolak kemungkinan sebab lain yang mampu menyebabkan kesukaran menelan berlaku seperti:
- Achalasia: masalah otot yang tidak relax secukupnya untuk membenarkan makanan jatuh ke dalam perut
- Kekejangan oto esofagus
- Ketegangan esofagus (esophageal stricture)
- Ketumbuhan di esofagus
- GERD
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Untuk mengetahui keadaan sebenar yang dialami oleh ibu anda, saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.