
Sulit
3 tahun
Tiada gejala setelah positif covid
Sy baru disahkan positif covid19. Sy tidak bergejala…CT value utk RdRp gene not detected. Hanya E gene & N gene sahaja detected…masing2 bacaan 36 keatas. Bermakna jangkitan di peringkat akhir dan kebolehjangkitan lemah. Soalan sy… adakah sample yg diambil tidak tepat dan suhu makmal tidak sesuai juga mempengaruhi result covid test? Berapakah peratusan trusted untuk covid test kit tersebut? Jika kita sedia maklum. Utk pregnancy test. 2 line menunjukkan tanda kehamilan. Kita sudah 100% yakin. Tp bagi covid test kit sy masih ada sedikit keraguan. Jika CT value ni kita ukur pada masa sebelum covid19 muncul…bacaan nilai <40 kita nak kategorikan sebagai penyakit apa? Mohon pandangan Doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, jangkitan covid19 boleh dibahagikan kepada 3 kategori dan peratusnya adalah:
- symptomatic (bergejala) -26%
- presymptomatic (bergejala lewat) - 24%
- asymptomatic (tidak bergejala) - 50%
Dengan catatan ini, ia menunjukkan seramai 50 peratus pesakit covid positif akan tanpa gejala, dan 24 peratus pesakit covid positif akan bergejala dengan perkembangan penyakit tersebut.
Selain itu, untuk covid test, RT PCR test, ketepatannya adalah 97.2 peratus. Pihak perubatan yang ambil sampel dan bertugas di makmal tersebut juga beroperasi dengan tegas mengikuti protocol yang disenaraikan oleh KKM.
Covid test berfungsi dengan mengesan genetic yang spesifik hanya berada dalam virus covid sahaja, serta jangkitan virus yang berbeza akan mempunyai genetic dan kit ujian yang berbeza. Oleh itu, keputusan ujian tidak akan bertindih.
Anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini