
Sulit
3 tahun
Tiada kesan makan oil gugurkan kandungan
Maaf nak tnya, Semlam sy ada ambik pil gugurkan kandungan di Klnik swasta tp keesokan harinya masih tiada Tanda dan pendarahan yang keluar. Biasa berapa lama Masa yang diperlukan utk keluarkannya? Sy terpaksa gugurkan kandungan kerana anak sy masih kecil. Kandungan sy sekitar sebulan lebih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda risau mengenai kandungan baru memandangkan anda masih mempunyai anak yang masih kecil dan belum bersedia untuk hamil. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, menggugurkan kandungan tanpa sebab kesihatan yang munasabah adalah salah di sisi undang-undang. Walaupun pil menggugurkan kandungan mempunyai keberkesanan yang tinggi, tetapi kesan sampingannya adalah lebih bahaya. Antara kesan sampingan pil menggugurkan kandungan adalah:
- Pendarahan (hemorrhage)
- Pembentukan darah beku di dalam rahim
- Jangkitan dalam rahim
- Sakit perut atau ari-ari
- Pening dan sakit kepala
- Reaksi alahan terhadap ubat yang digunakan
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya anda dapat berbincang mengenai perkara ini dan kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.