
Sulit
5 tahun
Tiada morning wood, ketagihan melancap,tidak pernah bermimpi basah, tahap ketegangan yang tidak memuaskan dan saiz zakar tang kecil
hi, adakah normal jika saya tidak ada morning wood dan tidak pernah bermimpi basah ? saya mengaku bahawa saya ketagih dengan aktiviti melancap sejak umur muda lagibseaw 13 tahun. dan saya juga amat tidak berpuas hati dengan tahap ketegangan yang saya hadapi, tegang yang tidak bermaya dan saiz zakar saya. boleh terangkan tak adakah ini normal ataupun tidak. terima kasih

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah mati pucuk boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Anda dinasihatkan untuk:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.