
Sulit
3 tahun
Tiada rasa perubahan pada perut
Salam…saya hamil 12 minggu Dan tiada rasa perubahan pada perut …tiada rasa apa2 pada perut…pernah keguguran tahun lepas pada usia kandungan 12minggu (hamil BO)…adakah saya akan mengalami keguguran …tp saya tidak ada tanda2 sakit atau pendarahan…mohon penjelasan doc…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan anda, dicadangkan anda membuat booking(buku pink) di klink kesihatan terdekat atau menjalani pemeriksaan di hospital untuk menilai keadaan diri dan bayi. Agak susah untuk memberi penjelasan tentang keadaan puan menurut penerangan sahaja.
Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut.Apa itu buku pink?
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.