Sulit
3 tahun
Tiada suara tanpa batuk atau demam
saya lelaki 35 tahun ada penah membuat pertukaran injap jantung 1999… lebih 3 minggu hilang suara tanpa batuk atau selsema atau demam., apa sebab ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kehilangan suara dapat berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- Iritasi disebabkan oleh penggunaan suara yang berlebihan (menjerit)
- Penggunaan suara yang berlebihan seperti yang berlaku pada guru, penyanyi boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil “polip” atau “nodul” pada peti suara
- Bahan bahan yang menyebabkan keradangan seperti merokok, terhidu atau tertelan bahan kimia
- Masalah refluks asid dari dalam perut ke tekak . Ia selalunya berlaku kepada pesakit gastric dan orang tua.
Sakit, telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, keterangan lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.