
Sulit
3 tahun
Tiba2 mual2 selepas vaksin dos 2
Sebelum mengambil vaksin saya masi datang haid seperti biasa… selepas sa vaksin dos1 hinggalah dos 2 …ada dua atu 4hari tu saya tiba2 mual2…setelah d cek saya tiba2 disahkan positif mengandung…tetapi saaya tidk tau apa punca kerana saya masi haid sebelum vaksin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang kehamilan. Saya akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, asas terjadinya kehamilan adalah adanya persenyawaan diantara sperma (sel dalam air mani lelaki) dengan ovum (sel telur wanita). Asalkan kedua sel ini bertemu, maka berlakulah kehamilan. Hal ini bermaksud, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (kondom, pil perancang, dsb) mempunyai risiko untuk hamil bergantung kepada tahap kesuburan wanita dan kesihatan sperma.
Andai ada kemasukan zakar ke dalam vagina, namun ejakulasi (pancut) di lepaskan di luar, maka risiko untuk hamil tetap ada kerana sperma dapat hadir dalam air mani dalam bilangan yang sedikit.
Perlu diketahui bahawa sperma tidak boleh hidup lama di persekitaran luar, namun jika ia terkena bahagian faraj, masih ada risiko untuk mengandung. Untuk kepastian, anda boleh membuat ujian UPT. Masa yang sesuai untuk melihat keputusan ujian kehamilan adalah 2 minggu selepas anda tidak datang haid. Tetapi, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi keputusan UPT tidak tepat, antaranya:
- Cara anda melakukan test tersebut tidak betul
- Waktu anda melakukan test tersebut tidak tepat
- Alat tersebut telah rosak
- Sampel cairan yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat mengenai situasi anda.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan