
Sulit
5 tahun
Tidak ada tanda covid-19
saya wanita baru balik dari korea pada 23/2/2020, saya dah buat medical checkup dan semasa medical check-up saya hanya check suhu sahaja, saya nak bertanya perlu ke saya membuat ujian darah atau tidak perlu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja pulang dari Korea. Oleh kerana itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori serta nasihat mengenai langkah yang perlu diambil.
Berbalik kepada soalan anda, ujian darah hanya akan dibuat bagi pesakit yang berisiko tinggi dan bagi memastikan kehadiran virus tersebut di dalam darah. Pemeriksaan suhu adalah pemeriksaan awal dan sekiranya pesakit tersebut didapati menghidapi simptom yang menunjukkan jangkitan coronavirus, barulah ujian seterusnya akan dilakukan.
Berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Diharap jawapan ini boleh sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini