Sulit
4 tahun
Tidak berak selama sehari selepas terkena cirit birit
Hello doktor saya umur 19 bulan lepas saya mengalami cirit birit yang begitu lama dan sudah sembuh dri cirit birit kelmarin dulu saya berak seperti normal najis nya panjang besar seperti orang sihat tapi susah nk keluar sikit harini bila saya cuba untuk berak saya hanya mampu keluar kan angin sahaja kadang kadang ketika diluar tandas perut saya terasa panas dan kerap kentut saya juga mengambil air yakult dan buah buah pisang untuk mengelakkan sembelit namun masih tidak berak agak agak penyakit ini dokter saya agak risau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, setiap orang mempunyai kekerapan membuang najis yang berbeza dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti pemakanan, tahap hormon dan metabolisme seseorang. Seseorang boleh membuang najis pada setiap hari ataupun 3 hingga 4 kali seminggu.
Terdapat juga beberapa keadaan di mana seseorang boleh mengalami masalah membuang air besar, seperti:
- Jangkitan usus
- Najis yang terlalu keras dan besar
- Dehidrasi
- Kurang mengambil makanan berserat
- Kanser usus
- Usus tersumbat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca masalah yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.






























