
Sulit
4 tahun
Tidak dapat buang air besar dalam 3 minggu
Saya berumur 18 tahun dan sudah 3 minggu saya tidak dapat membuang air besar dan saya sudah mengambil ubat sembelit tetapi masih tiada perubahan dan saya juga selalu makan buah-buahan,apa yang perlu saya buat?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak membuang air besar selama 3 minggu.
Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sembelit, dan seterusnya medapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang walaupun anda telah makan banyak buah buahan, saya sarankan untuk anda:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
- Rujuk pada doktor tentang ubat sembelit dan kesan sampingan ubat itu.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.