
Anonymous
5 tahun
Tidak dapat dikenal pasti
Hai Dr . sy harap jawapan dr blh membantu sy . Sejak 1 minggu sy selalu mengalami sakit perut yg berpanjangan . Pada awalnya dr bgthu sy gastrik . 2x sudah disuntik ubt gastrik . tp sakit perut masih tak hilang2 . sy bimbang sekiranya terdapat penyakit lain . Perut sy terasa seperti ada benda yg menyucuk nyucuk d ulu hati . apakah langkah yg perlu sy lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit menyucuk di ulu hati atau juga dikenali pedih ulu hati terjadi apabila otot sfingter perut relaks dan menyebabkan asid perut naik keatas sehinggq meradanga lapisan esofagus yang nipis.
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Sebaiknya anda segera ke doktor sekiranya terjadi gejala seperti berikut:
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.