
Sulit
3 tahun
Tidak dapat duduk bersila dengan sempurna, akibat patah peha kaki kiri
Assalamualaikum doc… sy berumur 36 tahun… 2018 sy kemalangan patah tangan kiri dan patah peha kaki kiri dan tempurung lutut kiri retak.
Untuk makluman doc… peha sy dimasukan besi … kaki sudah dapat lipat hampir 100%… tp saya tidak dapat duduk bersila, bila saya paksa bersila, akan terasa sakit sangat dibahagian pinggul belah kiri… adakah normal itu kesan dari patah tulang paha atau masih ada harapan untuk saya duduk bersila normal? Terima kasih doc… selamat hari raya aidilfitri 2021…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami faham anda berasa risau kerana anda berasa tidak selesa dan sakit sangat pada bahagian yang pernah patah. Namun, maklumat yang anda berikan kurang lengkap dan anda diminta untuk berhubung dengan mana mana doktor untuk membuat pemeriksaan yang menyeluruh agar kesimpulan tepat dapat dibuat mengenai masalah yang anda hadapi. Melalui pemeriksaan sahaja punca masalah ini dapat dikenal pasti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.