
Sulit
5 tahun
Tidak datang haid selama 8 bulan
Saya wanita yang berumur 18 tahun . saya mengalami masalah haid yang tidak datang selama 8 bulan . dari bulan 2 sehinggalah bulan 9 . sayaa sudah test ujian kejamilan sebanyak 2 kali dan mmberikan kesan negatif . apakah punca saya tidak datang bulan ? perut saya juga menjadi buncit dan badan kelihatan lebih berisi . adakah disebabkan tidak datang haid diet saya terbantut ? selain itu perut saya juga berasa keras . adakah ini juga punca ketumbuhan di dalam perut ? tolong terangkan …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak datang ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Masalah polycystic ovarian syndrome - masalah ketumbuhan kista (cyst) dalam ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.