
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid terapi terdapat lendiran
saya wanita berumur 20an , saya ada bersama dengan suami saya menggunakan kondom tetapi dia melepaskan di atas badan saya dan kami lap menggunakan kain adakah itu dapat membuatkan saya mengandung walaupun memakai pelindung ? saya tak datang haid pada bulan ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejatera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, kehamilan hanya berlaku apabila proses persenyawaan berlaku. Proses persenyawaan boleh berlaku apabila sperma memasuki rahim melalui faraj dan seterunya ke tiub falopia semasa ejakulasi. Sekiranya sperma tidak masuk melalui faraj, proses persenyawaan tidak berlaku. Ada kalanya sperma boleh memasuki faraj jika air mani (semen) terkena pada bahagian lubang faraj, namum kemungkinan kehamilan melalui perkara ini adalah sangat rendah.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.