Sulit
6 tahun
Tidak didatangi haid
Saya wanita berumur awal 30an. 25 Mei 2019. sy keguguran anak ke2 dan buat dnc pd usia kandungan 11-13minggu (jangkaan) disbbkan period saya tidak teratur sejak dari zaman remaja lagi. Persoalan saya adakah normal jika saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga ke hari ini Ogos 2019.
Saya takut jika ada permasalahan dalaman dan adakah memberi kesan kepada peluang hamil utk masa akan datang?
Tolong bantu saya doktor apa perlu saya lakukan atau itu adalah keadaan normal bagi ibu keguguran?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Hamil atau penyusuan badan
- Gaya hidup aktif
- Tekanan emosi
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Dalam kes puan, hormon wanita yang hamil masih mengalami proses pemulihan. Oleh itu, puan perlu menghadirkan diri untuk rawatan susulan jika diarahkan oleh doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.





























