
Anonymous
5 tahun
Tidak keluar haid tapi upt negatif
Saya wanita dalam likungan 20 an, saya menyedari kitaran haid saya tidak menentu dari 3/4 bulan yang lepas dan sebulan yang lalu haid saya tidak lagi keluar walaupun sikit. Saya telah lakukan ujian kehamilan (incase) tetapi keputusan negatif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
Tekanan Emosi
(Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti.)Ubat-ubatan
(Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.)Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.