
Anonymous
5 tahun
Tidak kerap Buang air besar dan berdarah
Sy berumur 19 Thun dan mengalami gejala ini dalam trmpoh yang agak lama…
Pada mulanya, sy hnya akan sakit perut dgn tiba2 tetapi tidak rasa hendak ke toilet…
Darah yang keluar agak bnyak dan slalunya keluar selaps tinja…namun ad kalanya, bercampur…
Sy slalu sakit kpala…
Terdapat beberapa ketulan darah beku
Dan Ada kalanya, Ada lendiran putih …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut dan najis berdarah anda boleh disebabkan:
- Penyakit Radang Usus
- Jangkitan bakteria usus seperti - Salmonella, E.coli
- Sindrom Uremik Hemolitik - akibat makan daging kurang masak
- Buasir
- Ketumbuhan dalam usus - jika terdapat sejarah keluarga yang mempunyai penyakit usus dan jika berat berkurangan secara mendadak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.