
Sulit
4 tahun
Tidak mempunyai rasa untuk membuang air besar dalam jangka masa yang panjang -
Saya pelajar remaja yang berumur 15tahun . Saya tidak mempunyai rasa untuk membuang air besar selama 2 bulan lebih selepas saya melakukan diet . Jika saya ingin membuang air besar , saya akan mengambil pelawas untuk membuangnya . Tapi, saya tidak pernah mempunyai kesukaran untuk mmbuang air besar (mengalami najis yang keras dll) cuma saya tidak mempunyai rasa untuk mmbuang air besar sahaja . Dan dekat seminggu lebih saya telah menggunakan pelawas . Bolehkah doktor memberi cadangan lanjut apa yang saya boleh bbuat bagi merawat sakit ini ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Sukar membuang air besar, sering dikaitkan dengan sembelit atau konstipasi. Ia boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- tabiat pemakanan yang kurang sihat
- kurang serat & air
- produk tenusu yang berlebihan
- gaya hidup yang kurang aktif
- sering menangguh buang air
- tekanan atau kebimbangan
- kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- efek sampingan dari ubat
Atau penyakit seperti
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Kanser usus (biasanya disertai penurunan berat badan yang drastik dan usia tua
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.