
Sulit
4 tahun
Tidak mengambil vaksin sewaktu kecil
Hi doktor, saya nak bertanya. jika anak saya ada termiss untuk amik vaksin semasa dia kecil. boleh atau tak dia ambil vaksin tersebut sekarang?. saya dulu tak mampu nk bayar vaksin, exhusband yg pegi . after divorce saya cek dia tak bawa anak pegi cucuk vaksin. boleh ke saya pegi govt untuk cucuk vaksin?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ya anda boleh mendapatkan suntikan vaksinasi itu sekarang. Jika tidak ambil, anak anda berisiko untuk dijangkiti penyakit. Saya sarankan anda untuk berbincang dengan doktor di klinik berdekatan kerana beberapa maklumat perlu diperolehi dalam hal ini.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.